MBSA kutip 700 tan sampah sebulan

RODZIAH ISMAIL
RODZIAH ISMAIL
A
A
A

SHAH ALAM - Amalan kitar semula seharusnya disemai dalam diri setiap warga di negeri ini.

Dengan amalan kitar semula ini ia akan memupuk semangat cintakan kebersihan terutamanya di kawasan persekitaran.

Exco Pembangunan Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi Selangor, Rodziah Ismail berkata, sikap rajin untuk kitar semula perlu disemai dalam masyarakat.

"Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memungut hampir 700 tan sampah sarap setiap bulan dan dianggarkan RM21 juta setahun.

"Sekiranya sikap ini dapat dibentuk dalam masyarakat, hasil dari kos tersebut mampu dipulangkan kembali kepada rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada program Gotong-Royong Perdana Perbadanan Pengurusan PN10422 di Pangsapuri 19B Blok satu hingga lima di sini tadi.

Katanya, pihaknya akan menyalurkan bantuan dalam proses untuk kitar semula ini.

"Ia termasuk membina kebuk sampah yang boleh mengagihkan barang kitar semula di pangsapuri berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Pendekatan kebuk sampah itu sekali gus menjadikan kawasan itu “from waste to wealth”," katanya.