Tepung ada peluntur: PPIM sahkan itu senarai lama

Makluman yang tersebar di media sosial Facebook.
Makluman yang tersebar di media sosial Facebook.
A
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tidak menerima laporan baharu berkaitan bahan peluntur di dalam tepung yang dijual di pasaran sehingga kini.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, penularan senarai tepung gandum yang mengandungi peluntur Benzoyl peroxide (BP) pada bungkusan paket tepung yang dinyatakan beliau sebelum ini adalah artikel pada 2017.

“Senarai itu sudah lama dan sejak pendedahan tersebut dan pemantauan daripada pihak PPIM sendiri selepas itu, memang kandungan dan perkataan peluntur BP sudah tiada pada plastik bungkusan tepung-tepung yang disenaraikan ketika itu.

“Biarpun sudah tiada perkataan itu, pengguna masih perlu bijak untuk meneliti setiap produk yang dibeli,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas penularan semula senarai tepung gandum yang dikeluarkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang didakwa mengandungi bahan peluntur dan boleh menjejaskan kesihatan.

Baru-baru ini, tersebar kenyataan di media sosial yang menyeru orang ramai memboikot tepung mengandungi clorox yang membawa kepada kanser.

Kenyataan itu menyenaraikan lima jenis tepung mengandungi bahan peluntur tersebut dan dua jenis tepung yang selamat digunakan.

Senarai tersebut diperoleh daripada pendedahan PPIM bertajuk ‘PPIM Senarai Teoung Berpeluntur Yang Berbahaya Pada Kesihatan’.

Artikel Berkaitan: