X

Kindly register in order to view this article
!

Presiden Tunisia enggan bertanding dalam pilihan raya

Presiden Tunisia Beji Caid Essebsi
A
A

TUNIS - TUNISIA. Presiden Tunisia Beji Caid Essebsi menegaskan tidak berhasrat bertanding bagi penggal kedua dalam pilihan raya presiden yang dijadual berlangsung pada tahun ini.

Perlembagaan Tunisia memberikan hak kepada presiden berusia 92 tahun itu untuk bertanding bagi dua penggal.

"Sejujurnya saya tidak merancang untuk bertanding bagi penggal kedua kerana Tunisia mempunyai ramai bakat muda," kata Essebsi ketika pertemuan partinya, Nidaa Tounes di Monastir.

Tunisia bakal mengadakan pilihan raya Parlimen pada 6 Oktober dan pilihan raya presiden pada 17 November, namun setakat ini, tiada tokoh terkenal tampil untuk menjadi calon merebut jawatan presiden.

Terdapat tiga set pilihan raya di mana rakyat Tunisia boleh mengundi dengan bebas susulan revolusi tahun 2011 yang menumbangkan autokrat Zine El Abidine Ben Ali, yang memerintah selama 23 tahun.

Essebsi, bekas speaker Parlimen di bawah pemerintahan Ben Ali merupakan tokoh terkemuka di negara Afrika Utara itu sejak memenangi pilihan raya pada 2014.

Namun begitu, pengaruhnya semakin berkurang sejak Perdana Menteri Youssed Chaded dilantik pada tahun 2016.

Tunisia diiktiraf sebagai negara yang berjaya melaksanakan demokrasi susulan Kebangkitan Arab ekoran penyingkiran Been Ali yang dilakukan tanpa insiden keganasan seperti yang terjadi di Syria dan Libya. - Reuters


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!