Tujuh penagih ditahan dalam Ops Sarang

Penagih ditahan dalam Ops Sarang di Kota Kinabalu, kelmarin. Foto : Ihsan Polis
Penagih ditahan dalam Ops Sarang di Kota Kinabalu, kelmarin. Foto : Ihsan Polis
A
A
A

KOTA KINABALU - Polis menahan tujuh penagih dadah Ops Sarang di Kampung Labou, Manggatal di sini kelmarin.

Operasi bermula 12 tengah hari itu, dilakukan sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, tujuh lelaki ditahan itu berusia 19 hingga 45 tahun.

"Hasil pemeriksaan polis menemukan syabu seberat 0.45 gram pada salah seorang dari suspek.

“Lelaki terbabit disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan selebihnya disiasat mengikut Seksyen 15(1)(A) akta yang sama,” katanya dalam kenyataan media.

Menurutnya, dalam operasi itu pihaknya turut menahan seorang lagi lelaki didapati tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan ditahan mengikut Seksyen (6)(1) Akta Imigresen 1959/63.

Habibi berkata, Ops Sarang itu dilancarkan berdasarkan maklumat risikan dan awam terhadap sarang penagihan bagi memastikan kegiatan penyalahgunaan dan pengedaran dadah dapat dibendung.

“Selain itu Ops Sarang ini juga dijalankan untuk mengenal pasti dan mengambil tindakan terhadap ahli sindiket pengedaran dadah yang wujud di sarang penagihan itu,”katanya.

Artikel Berkaitan: