Bina telaga air bersih

Wakil sukarelawan bersama-sama membina telaga air bersih.
Wakil sukarelawan bersama-sama membina telaga air bersih.
A
A
A

BANTEN - INDONESIA. Susulan gempa bumi berukuran 5 pada skala richter di kawasan Selat Sunda, Indonesia pada 22 Disember 2018 lalu, pihak Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terpanggil mengadakan Misi Bantuan Pasca Tsunami Banten pada 27 hingga 29 Mac lalu dengan membina telaga air bersih kepada enam buah kampung untuk kegunaan masyarakat di sana.

Delegasi yang diketuai Naib Canselor USIM, Prof Datuk Dr Musa Ahmad bersama 14 pengurusan universiti turut melibatkan doktor perubatan dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, pensyarah pakar akidah serta sukarelawan.

Menurut Musa, bantuan yang digerakkan tersebut adalah untuk pembinaan sumber air bersih, perawatan trauma dan kebersihan gigi bagi kanak-kanak serta ceramah pemantapan akidah dan malapetaka dalam perspektif Islam.

“Projek kemanusiaan ini merupakan libat sama oleh Pusat Libatsama Komuniti dan Jaringan Industri USIM (PLiMJI), USIM dengan kerjasama Universitas Mathla’ul Anwar (UNMA) dan Mathla’ul Anwar Care.

“Sebagai rakan strategik bersama UNMA, misi kemanusiaan ini merupakan kerjasama erat antara dua negara.

“Buat permulaan, USIM bantu dari segi penyediaan air bersih bagi penduduk kampung yang terlibat, selepas ini akan ada lebih kerjasama sinergi dalam bidang pendidikan.

“Diharapkan peluang yang diberi kepada USIM ini dapat memanfaatkan kepada masyarakat bukan sahaja di Malaysia tapi juga di peringkat antarabangsa.

Kerjasama USIM dan UNMA

Musa berkata, kumpulan misi pasca tsunami di Banten ini bukan sekadar untuk pembaharuan kawasan dan kesihatan tetapi membina semula semangat mangsa serta penduduk terlibat.

Artikel Berkaitan:

”USIM turut membawa kumpulan kepakaran Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) dan Fakutli Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) untuk bersama santuni masyarakat dengan memberi khidmat rawatan kesihatan, khidmat kaunseling dan akidah.

”Selepas ini, USIM juga merancang menyantuni warga UNMA dari aspek lain mengikut keperluan mereka untuk pasca tsunami,” katanya.

Kanak-kanak di Banten gembira dengan kehadiran Misi Bantuan Pasca Tsunami Banten, Indonesia.
Kanak-kanak di Banten gembira dengan kehadiran Misi Bantuan Pasca Tsunami Banten, Indonesia.

Sementara itu, Rektor UNMA, Prof Datuk Abdul Ghani Abdullah berkata, pihaknya berharap bantuan dan kunjungan warga USIM ini menjadi pencetus kepada eratnya hubungan warga universiti dan masyarakat.

“Malah akan ada kerjasama dalam bidang-bidang yang lain. Bantuan ini diharap dapat dimanfaatkan, dijaga dengan baik dan digunakan untuk melakukan ibadah kepada ALLAH,” katanya.

Manakala Pengarah PLiMJI, Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar, melahirkan rasa syukur kerana dapat menjadi tenaga urus setia program kesukarelawan pertama USIM di luar negara dengan jaya.

”Saya gembira Misi Bantuan Bencana Pasca Tsunami Banten ini menjadi batu asas ke arah pembentukan satu pasukan Libatsama Masyarakat Nusantara yang terdiri daripada kakitangan pentadbiran, pensyarah dan pelajar yang mempunyai kepakaran, berkemahiran tinggi, komprehensif dan mampu mengintegrasikan ilmu Naqli dan Aqli dengan cemerlang,” katanya.