Protes desak peletakan jawatan presiden Sudan

Penunjuk perasaan di Sudan tuntut peletakan jawatan Presiden Omar al-Bashir. - Foto Reuters
Penunjuk perasaan di Sudan tuntut peletakan jawatan Presiden Omar al-Bashir. - Foto Reuters
A
A
A

KHARTOUM - SUDAN. Ribuan penunjuk perasaan dari seluruh Sudan menyertai himpunan terbesar menentang Presiden Omar al- Bashir sejak protes bermula Disember tahun lalu.

Di Khartoum, penunjuk perasaan dikatakan buat pertama kali mara ke ibu pejabat tentera yang terletak berhampiran kediaman presiden berkenaan.

Pihak berkuasa dikatakan melepaskan gas pemedih mata dan membuat beberapa tangkapan susulan protes anjuran Persatuan Profesional Sudan (SPA) itu.

Sementara itu, laporan agensi berita rasmi SUNA dan pegawai perubatan berkata, seorang penunjuk perasaan maut ketika protes.

Dalam pada itu, penunjuk perasaan yang berhimpun menggesa tentera menyebelahi rakyat menggulingkan kerajaan yang gagal memperbaiki ekonomi negara sejak dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat 20 tahun tahun lalu ekoran tuduhan menyokong kumpulan pengganas.

Tunjuk perasaan yang pada awalnya tercetus berikutan kenaikan kos sara hidup, kini turut mendesak peletakan jawatan Presiden Bashir yang telah memerintah selama hampir 30 tahun.

Sementara itu, Menteri Maklumat Sudan berkata, kerajaan bersedia menyelesaikan krisis menerusi perbincangan selain memuji pihak berkuasa kerana berjaya menangani protes. - BBC/ Reuters

Artikel Berkaitan: