Budak rayu hospital rawat anak ayam mati

Lalchhanhima membawa sejumlah wang dan merayu kakitangan hospital menyelamatkan anak ayam yang dilanggarnya. Gambar kanan: Pihak sekolah memberi penghargaan kepada Lalchhanhima berikutan kisahnya.
Lalchhanhima membawa sejumlah wang dan merayu kakitangan hospital menyelamatkan anak ayam yang dilanggarnya. Gambar kanan: Pihak sekolah memberi penghargaan kepada Lalchhanhima berikutan kisahnya.
A
A
A

MIZORAM - INDIA. Seorang budak lelaki berusia enam tahun dari India menjadi sensasi internet ekoran satu kisah 'unik'.

Nama Derek C Lalchhanhima dari daerah Sairang menjadi perbualan apabila gambarnya merayu kakitangan hospital menyelamatkan anak ayam yang telah dilanggarnya secara tidak sengaja menjadi tular di media sosial.

Menurut ayah Lalchhanhima, Dhiraj Chhetri, anaknya pulang ke rumah membawa seekor anak ayam milik jiran yang telah dilanggarnya secara tidak sengaja ketika menunggang basikal.

Lalchhanhima yang tidak faham bahawa anak ayam tersebut telah mati, merayu agar ia dibawa ke hospital namun bapanya menyuruhnya pergi sendiri.

Nekad untuk 'menyelamatkan' anak ayam tersebut, Lalchhanhima pergi ke hospital berbekal sedikit wang.

Namun setelah diberitahu tiada apa yang dapat dilakukan untuk anak ayam itu, dia pulang ke rumah sambil menangis.

Tidak berputus asa, dia berazam mendapatkan bantuan dan lebih banyak wang, sebelum ibu bapanya sekali lagi menjelaskan anak ayam itu tidak dapat lagi diselamatkan.

Kisah Lalchhanhima turut menarik perhatian pihak sekolahnya yang memberi penghargaan kepada kanak-kanak itu berikutan kesungguhan dan kemuliaan hatinya. - Dailymail

Artikel Berkaitan: