Kenderaan antik penuhi SP Plaza

Antara kenderaan yang dipamerkan di Gheyuh Ghendah Festival berlangsung di Sp Plaza bermula 5 hingga 7 April ini.
Antara kenderaan yang dipamerkan di Gheyuh Ghendah Festival berlangsung di Sp Plaza bermula 5 hingga 7 April ini.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Ribuan jenis motosikal lama dan antik memenuhi ruangan Gheyuh Ghendah Festival berlangsung di SP Plaza bermula 5 hingga 7 April ini.

Penganjur Aktiviti Permotoran dan Penyelaras Gheyuh-Ghendah Festival, Aswan Abu Hasan berkata, antara yang menjadi tumpuan termasuk kehadiran kira-kira 1,500 vespa dan lambretta, 300 motosikal Honda Cup, 50 motosikal klasik British dan lain-lain kenderaan.

Selain permotoran, pelbagai aktiviti lain turut disediakan penganjur sempena Gheyuh Ghendah Festival berlangsung di Sp Plaza.
Selain permotoran, pelbagai aktiviti lain turut disediakan penganjur sempena Gheyuh Ghendah Festival berlangsung di Sp Plaza.

Menurutnya, berlangsung selama tiga hari, aktiviti permotoran hanya diadakan Sabtu 6 April bermula 8 pagi hingga 8 malam.

"Antara paling menarik, motosikal jenis Vespa yang dihimpunkan kali ini datangnya dari seluruh Malaysia, Thailand dan Indonesia selain terdapat kereta retro dari luar negara turut dipamerkan untuk tatapan peminat," katanya.

Menurutnya, penganjuran berkonsepkan aktiviti belia dengan pelbagai atucara merangkumi muzik, bundle, kereta retro, motosikal retro, Vespa, Lambretta, seni layar, seni cetak, sukan ekstrim, lukisan grafiti dan Defensive Driving Mini Spartan Race menampilkan kelainan berbanding program lain.

Selain permotoran, pelbagai aktiviti lain turut disediakan penganjur sempena Gheyuh Ghendah Festival berlangsung di Sp Plaza.
Selain permotoran, pelbagai aktiviti lain turut disediakan penganjur sempena Gheyuh Ghendah Festival berlangsung di Sp Plaza.

"Ini merupakan penganjuran kedua kerana pada 2017 kami anjurkan festival sama di The Carnival bermatlamat mahu mengetengahkan Bandar Sungai Petani yang strategik selain menghimpunkan pelbagai golongan menterjemah minat yang sama," katanya.

Artikel Berkaitan:

Turut diadakan, jualan gerai makanan dan minuman selain kendera saji (food truck) bagi memeriahkan festival.