Lenggeng hub pengeluaran makanan Lembah Klang

Aminuddin ketika meninjau sekitar karnival.
Aminuddin ketika meninjau sekitar karnival.
A
A
A

SEREMBAN - Daerah Lenggeng berpotensi untuk dikomersialkan khususnya industri pertanian dengan fokus terhadap hub pengeluaran makanan bagi Lembah Klang.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, Lenggeng mempunyai keunikan tersendiri dari segi budaya, ekonomi dan sosial.

“Lebih jelas, ia kawasan yang banyak menyumbang kepada industri tani negara.

“Tanah pertanian yang boleh dibangunkan dan dimajukan dengan fokus kepada pengeluaran makanan untuk Lembah Klang,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Lenggeng Sejahtera di Kampung Rawa Ulu di sini, semalam.

Aminuddin (tiga dari kiri) bersama beberapa artis tempatan yang turut mengambil tempat dalam karnival berkenaan.
Aminuddin (tiga dari kiri) bersama beberapa artis tempatan yang turut mengambil tempat dalam karnival berkenaan.

Hadir sama, ADUN Lenggeng, Suhaimi Kassim dan Pengerusi Pertubuhan Pembangunan dan Konsultasi Bandar Tasik Senangin, Mohd Apandi Zainudin.

Aminuddin berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM1.4 Juta untuk membangunkan tanah terbiar di negeri ini dan mahu kawasan Lenggeng diusahakan projek pertanian.

Bagaimanapun katanya, usaha tersebut tidak berjaya tanpa sokongan jabatan dan agensi berkaitan seperti Jabatan Pertanian, Veterinar boleh membantu melonjakkan setiap pengeluaran.

Artikel Berkaitan: