X

Kindly register in order to view this article
!

Kerajaan, pengurusan TH kena duduk semeja

Harussani
A
A

IPOH - Pengurusan Tabung Haji (TH) perlu duduk semeja dan mengadakan kajian semula terhadap tadbir urus jika tidak mahu dipandang sebagai institusi yang lemah.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sebelum ini TH menjadi contoh institusi kewangan yang cekap, namun sejak akhir-akhir ini berlaku pelbagai perkara yang boleh mengubah persepsi masyarakat.

Menurutnya, paling ketara apabila membenarkan mereka yang bukan Islam campur tangan dalam hal pentadbiran dan urusan kira-kiranya.

"Begitu lemah sekalikah orang Islam ini sampaikan hal TH pun kita tidak boleh urus, ini menyebabkan saya sendiri pun naik bingung.

"Kerajaan perlu lakukan sesuatu dan bagi saya, jika menteri sendiri tak boleh nak urus, kembalikanlah semula kepada Lembaga Tabung Haji, biar mereka panggil ahli-ahlinya bermesyuarat dan buat kajian semula, itu lebih baik," katanya kepada Sinar Harian.

ARTIKEL BERKAITAN: TH perlu dijaga, diselamatkan: Mufti Kelantan

Hibah TH: Kenapa hanya agih RM913 juta?

Beliau berkata, jika isu berkaitan TH berterusan, tidak mustahil rasa kecewa dan terkilan yang dirasai kalangan umat Islam perlahan-lahan melunturkan rasa percaya terhadap keupayaan TH.

"Satu-satunya institusi kewangan Islam yang kita yakini sudah berubah pengurusannya, pastilah itu membuatkan kita rasa kecewa.

"Seolah-oleh tiada lagi orang Islam yang pandai kira-kira, tiada yang amanah dan tiada yang boleh dipercayai, tidakkah itu pelik," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!