Sokongan padu kaum India pastikan kemenangan PH

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) beramah mesra dengan sebahagian pengundi ketika membantu calon Pakatan Harapan (PH) Dr S Streram berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N27 Rantau di Taman Kelab Tuanku hari ini. - Foto Bernama
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) beramah mesra dengan sebahagian pengundi ketika membantu calon Pakatan Harapan (PH) Dr S Streram berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N27 Rantau di Taman Kelab Tuanku hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

SEREMBAN - Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin yakin sekiranya masyarakat India memberikan sokongan padu kepada calon PH Dr S. Streram pada PRK DUN Rantau, tidak mustahil kemenangan akan berpihak kepada PH.

Zuraida yang juga merupakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, pengundi di Rantau perlu memastikan kemenangan calon PH itu bagi memastikan kelancaran parti pentadbir negara meneruskan khidmatnya kepada rakyat.

“Walaupun ini hanya PRK, tetapi jangan main-main ini masa depan tuan puan... kalau kaum India semua sokong kita 100 peratus, saya jamin calon kita akan menang,” katanya semasa berucap di program Hi-Tea Taman Kelab Tuanku, di sini, hari ini.

“Pilih wakil rakyat dari PH, beliau sekarang mewakili kerajaan negeri dan kerajaan negeri sekarang ialah PH yang juga merupakan kerajaan persekutuan, kita semua satu parti apa-apa bantuan, khidmat dan sebagainya lebih senang untuk kita buat kerja,” tambahnya.

DUN Rantau mempunyai seramai 20,926 orang pemilih berdaftar terdiri daripada 20,804 pengundi biasa, 118 pengundi awal serta empat orang pengundi tidak hadir luar negara, dan daripada jumlah itu, 55.51 peratus atau 11,615 adalah pengundi Melayu, Cina (18.46 peratus atau 3,863), India (26 peratus atau 5,441) dan lain-lain (0.03 peratus atau tujuh).

PRK DUN Rantau merupakan PRK ketujuh selepas PRU14 pada Mei 2018, dengan yang pertama diadakan di DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos, DUN Balakong dan DUN Seri Setia (8 Sept), Parlimen Port Dickson (13 Okt) dan Parlimen Cameron Highlands (26 Jan) serta DUN Semenyih (2 Mac). - Bernama

Artikel Berkaitan: