Jalan TAR - Hari pertama lancar, tapi..

Penguatkuasa DBKL mengawal laluan masuk ke Jalan TAR bermula dari Jalan Esfahan.
A
A

KUALA LUMPUR - Hari pertama penutupan sebahagian laluan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dilihat lancar namun masih memerlukan penambahbaikan memastikan keselamatan pejalan kaki benar-benar terjamin.

Seawal jam 7.30 pagi anggota dan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah bersiap sedia di lokasi laluan yang ditutup bagi memantau pergerakan kenderaan.

Laluan ditutup bermula jam 8 pagi di Jalan Esfahan berhampiran kompleks membeli belah Sogo hingga ke Jalan Melayu.

Kelibat penunggang motosikal yang melalui laluan pejalan kaki.
Kelibat penunggang motosikal yang melalui laluan pejalan kaki.

Bagaimanapun terdapat juga pengguna jalan raya yang tidak mengetahui tentang penutupan laluan berkenaan.

Penguatkuasa yang terlibat dengan pemantauan di lokasi mengakui perkara berkenaan dan berdepan rungutan daripada pengguna laluan yang mahu menggunakan laluan yang ditutup.

Maklumat tak sampai atau mereka tidak peka dengan pemakluman yang telah diuar-uarkan.

Kerana itu kita jaga laluan dan hanya benarkan teksi dan bas sahaja yang masuk.

Pelaksanaan ini masih terlalu awal, jadi ada beberapa perkara yang perlu dilakukan termasuk memasang bonggol kecil kerana teksi dan bas akan laju apabila jalan lengang,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati walaupun laluan ditutup kepada kenderaan awam, masih ada penunggang motosikal yang berdegil menyusup masuk ke laluan ditutup termasuk menggunakan laluan pejalan kaki.

Lorong bonus turut dikawal mengelakkan kenderaan dari Jalan Masjid India keluar ke Jalan TAR.
Lorong bonus turut dikawal mengelakkan kenderaan dari Jalan Masjid India keluar ke Jalan TAR.
Difahamkan sekurang-kurangnya 25 anggota dan pegawai penguatkuasa DBKL terlibat menjaga beberapa laluan dengan akses jalan yang ditutup termasuk Lorong Bonus 6, Lorong Bonus 7, Jalan Melayu, Lorong Gombak ke Jalan TAR dan persimpangan Jalan TAR (selepas Sogo).

Pemantauan berkenaan dijangka berterusan sehingga satu tempoh yang akan ditetapkan kelak.

ARTIKEL BERKAITAN: Tutup Jalan TAR: Tempoh percubaan sepanjang April ini

ARTIKEL BERKAITAN: Jalan TAR ditutup: Kementerian ambil setiap maklum balas

Rata-rata pengunjung yang ditemui memberikan reaksi positif berhubung perlaksanaan tersebut, namun perlu menambah baik akses untuk ke tempat letak kereta.

Muhamad Edil Herizal Suhaimi, 34 dari Shah Alam berkata, dia tidak peka berhubung penutupan itu namun merasakan ia sebagai langkah positif untuk keselesaan pejalan kaki.

Namun katanya sebagai pemandu juga dia berdepan kesukaran untuk ke tempat letak kereta.

“Biasanya kita akan pusing kawasan ni untuk cari parkir lebih dekat.

"Sekarang ini hanya dapat masuk parkir di Sogo atau Dang Wangi, agak jauh untuk berjalan masuk,” katanya.

Laluan jalan yang lengang. Gambar kecil, Nora.
Laluan jalan yang lengang. Gambar kecil, Nora.

Bagi seorang lagi pengunjung Nora Tan, 50, dari Bera Pahang, berkongsi rasa selesa dengan perubahan yang dilakukan.

Nak lintas jalan pun senang, tak sibuk dengan kereta dan rasa selesa nak bergerak.

Mungkin boleh teruskan perlaksanaan ini,” katanya.

Bagi pengunjung dari ibu kota, Cik Yon,65, juga seronok melihat pembaharuan yang dilakukan.

Cik Yon mengambil kesempatan bergambar di laluan kenderaan yang lengang susulan penutupan sebahagian Jalan TAR.
Cik Yon mengambil kesempatan bergambar di laluan kenderaan yang lengang susulan penutupan sebahagian Jalan TAR.

Rasa macam dah dikhaskan untuk pejalan kaki,

Berpuluh tahun duduk di KL, kita tahu jalan ni memang sesak. dan bila tak ada kereta rasa teruja tengok jalan kosong.

Apa pun kena lihat dulu la sebab ia masih baru,” katanya.