20 pelajar ikuti kursus kewartawanan

Peserta kursus menunjukkan sijil penyertaan yang diterima mereka selepas selesai mengikuti kursus Asas Kewartawanan.
Peserta kursus menunjukkan sijil penyertaan yang diterima mereka selepas selesai mengikuti kursus Asas Kewartawanan.
A
A
A

SETIU - Seramai 20 peserta mengikuti Kursus Asas Kewartawanan anjuran Kelab Media Setiu (KMS) dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Setiu di Bandar Permaisuri, di sini hari ini.

Pegawai Penerangan Daerah Setiu, Mohd Subhi Abang berkata, program membabitkan pelajar University College Bestari (UCB), Setiu dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ibrahim.

Menurutnya, kursus separuh hari itu bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mendalami asas ilmu kewartawanan.

"Peserta teruja mengikuti kursus tersebut bermula jam 8.30 pagi sehingga tamat program," katanya.

Beliau berkata demikian selepas kursus terbabit yang diadakan di Pusat Maklumat Rakyat (PMR), Pejabat Penerangan Setiu dan dirasmikan Pengerusi Persatuan Wartawan Terengganu i (Pewarta), Ruslan Abdul Rahman.

Menurutnya, beliau mengharapkan program itu dapat membantu peserta meningkatkan mutu penulisan dan berminat untuk menceburi bidang kewartawanan.

Turut diadakan Pertandingan Penulisan Terbaik dan seramai lima pemenang dipilih.

Wartawan Sinar Harian Besut dan Setiu, Mohd Taha Yaacob turut memberi ceramah kepada peserta sebagai sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat kepada masyarakat di samping dua pengamal media lain iaitu Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli ( Bernama) dan Kamarudin Hamzah dari Utusan Malaysia.

Artikel Berkaitan: