BN buat tiga laporan polis

Pemuda UMNO, MIC dan MCA membuat laporan polis di Balai Polis Rantau, di sini, hari ini. - Foto Sinar Harian/SYAMILAH ZULKIFLI
Pemuda UMNO, MIC dan MCA membuat laporan polis di Balai Polis Rantau, di sini, hari ini. - Foto Sinar Harian/SYAMILAH ZULKIFLI
A
A
A

SEREMBAN - Tiga laporan polis dibuat oleh parti komponen BN (UMNO, MIC dan MCA) berhubung kain rentang provokasi memburukkannya yang terdapat di sekitar Rantau sejak awal pagi tadi.

Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir berkata, laporan polis itu dibuat supaya siasatan dapat dilakukan terhadap pihak yang sengaja mencetuskan sentimen perkauman.

Menurutnya, pihaknya khuatir jika dibiarkan bentuk kempen lebih 'negatif' akan dilakukan menjelang saat akhir pilihan raya.

"Ini bentuk kempen terkutuk dan boleh cetus pergaduhan antara kaum. Ia tak boleh dibuat main-main," katanya.

Dalam pada itu pihaknya turut membuat laporan berhubung tindakan PH yang menawarkan barangan basah secara percuma menerusi kupon yang diberi di Pusat Daerah Mengundi(PDM) Taman Kelab Tuanku Mambau.

Artikel Berkaitan: