Peruntuk RM15j dermasiswa TAPEM

Adly (tengah) bersama sebahagian pelajar yang menyertai Pelepasan Delegasi Penghantaran Pelajar Penerima Dermasiswa Pengajian Islam Melaka ke Universiti Al-Azhar, Mesir, di pekarangan blok Seri Bendahara, Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini, hari ini.
Adly (tengah) bersama sebahagian pelajar yang menyertai Pelepasan Delegasi Penghantaran Pelajar Penerima Dermasiswa Pengajian Islam Melaka ke Universiti Al-Azhar, Mesir, di pekarangan blok Seri Bendahara, Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini, hari ini.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Kerajaan negeri akan terus memberi penekanan kepada bidang pendidikan menerusi peruntukan berjumlah RM15 juta setahun bagi pinjaman dan Dermasiswa Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM).

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari, berkata, jumlah itu diberikan kepada pelajar yang menyambung pengajian dalam pelbagai bidang pendidikan di luar negara terutama negara Timur Tengah.

Menurutnya, Dermasiswa TAPEM merupakan inisiatif kerajaan negeri yang pertama kali diperkenalkan bagi menaja seramai 27 pelajar yang memperoleh mumtaz dan jayyid jiddan pada peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun lalu untuk menyambung pengajian Islam di Universiti Al-Azhar, Mesir dengan jumlah keseluruhan RM20,000 seorang, selama empat tahun pengajian.

Katanya, bagaimanapun TAPEM meliputi semua bidang dan tidak hanya khusus kepada sesuatu pengajian mahupun satu kaum sahaja, dan turut meliputi bidang lain seperti kejuruteraan serta kedoktoran selain sedang menilai pelajar-pelajar yang berkemampuan dalam bidang sukan.

"Pada kali ini TAPEM telah mengadakan program baharu, Dermasiswa dan kita yakin permulaan kepada tambah baik sistem pendidikan Islam.

"Tahun ini seramai 27 cemerlang berjaya dalam temuduga lalu dan mereka telah mengikuti kursus persediaan pengajian selama enam hari pada di Kompleks Falak Al-Khawarizmi sebelum berangkat ke Mesir," katanya.

Adly berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Pelepasan Delegasi Penghantaran Pelajar Penerima Dermasiswa Pengajian Islam Melaka ke Universiti Al-Azhar, Mesir, di pekarangan blok Seri Bendahara, Seri Negeri, di sini, hari ini.

Artikel Berkaitan:

Adly melakukan 'flag off' Pelepasan Delegasi Penghantaran Pelajar Penerima Dermasiswa Pengajian Islam Melaka ke Universiti Al-Azhar, Mesir, di pekarangan blok Seri Bendahara, Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini, hari ini.
Adly melakukan 'flag off' Pelepasan Delegasi Penghantaran Pelajar Penerima Dermasiswa Pengajian Islam Melaka ke Universiti Al-Azhar, Mesir, di pekarangan blok Seri Bendahara, Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Jelas Adly, bagi merealisasikan hasrat itu juga pihaknya telah menubuhkan jawatankuasa pelaksana yang diterajui Sekretariat Pengurusan Pelajar Luar Negara (SPPLN) yang bukan sahaja berperanan memantau pelajar di Mesir malah Jordan, Maghribi dan Indonesia dengan menggabungkan empat agensi kerajaan seperti TAPEM, Majlis Agama Islam (MAIM); Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM); dan kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) serta satu agensi Kerajaan Persekutuan iaitu Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.

Menurutnya, SPPLN berfungsi bagi membuat penyelarasan dan penilaian pelajar termasuk aspek kebajikan bagi melahirkan generasi cemerlang dalam pelbagai bidang serta memiliki sahsiah yang tinggi untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

"Melalui SPPLN juga mereka akan membantu kerajaan negeri memantau pelajar (luar negara) kerana kita mahu petunjuk prestasi utama (KPI) seratus peratus ini menamatkan pengajian dalam tempoh ditetapkan dengan cemerlang.

"Usaha ini akan dilipat gandakan supaya dapat membantu lebih ramai pelajar khusus dalam bidang pendidikan Islam," katanya.