Nelydia sah bergelar isteri ahli perniagaan

Pernikahan pasangan ini diadakan dalam majlis tertutup di sebuah masjid di ibu negara. - Foto rotikaya.com
Pernikahan pasangan ini diadakan dalam majlis tertutup di sebuah masjid di ibu negara. - Foto rotikaya.com
A
A
A

DENGAN sekali lafaz, pelakon, Nelydia Senrose, 24, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid, 35, jam 3.28 petang tadi.

Pasangan dua sejoli ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Rifin, dengan disaksikan Imam Masjid Jamek Kampung Baru, Azizi Abd Hamid, dalam majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka, di ibu negara.

Pada majlis itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM10,000 bersama sembilan dulang hantaran berbalas 11.

Wang hantaran bagaimanapun tidak dinyatakan atas permintaan keluarga.

Pada hari bersejarahnya, Nelydia atau nama penuhnya, Nik Zaris Nelydia Nik Sen anggun mengenakan busana putih gading rekaan Ezuwan Ismail.

“Alhamdulillah, impian, niat dan hajat yang saya simpan selama ini dipermudahkan.

“ALLAH memakbulkan doa saya ketika di Tanah Suci Makkah, termasuk dalam soal jodoh. Semoga permulaan fasa baharu ini akan terus mematangkan saya dan suami, insya-ALLAH,” katanya seperti dipetik BHOnline.

Majlis resepsi pasangan ini akan berlangsung esok.

Artikel Berkaitan: