Bajet 2023: Kerajaan disaran hapus cukai jalan kenderaan

Kerajaan disaran supaya menghapuskan cukai jalan kenderaan bagi meringankan beban rakyat memandangkan sistem cukai kenderaan yang diguna pakai pada ketika ini berkonsepkan ‘cukai atas cukai'. Gambar kecil: Muhammad Zahid
Kerajaan disaran supaya menghapuskan cukai jalan kenderaan bagi meringankan beban rakyat memandangkan sistem cukai kenderaan yang diguna pakai pada ketika ini berkonsepkan ‘cukai atas cukai'. Gambar kecil: Muhammad Zahid
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan disaran supaya menghapuskan cukai jalan kenderaan bagi meringankan beban rakyat memandangkan sistem cukai kenderaan yang diguna pakai pada ketika ini berkonsepkan ‘cukai atas cukai'.

Ahli Dewan Negara, Muhammad Zahid Md Arip berkata, pada ketika ini pemilik kenderaan berdepan dengan sistem cukai yang berlapis-lapis seperti duti import, cukai eksais, cukai SST dan cukai jalan.

“Sudahlah mereka terpaksa membayar cukai yang berganda, rakyat khususnya yang tinggal di Lembah Klang seolah-olah terkepung dan terpaksa menggunakan laluan yang hampir semuanya dikenakan tol pada setiap hari.

“Rakyat Keluarga Malaysia tidak boleh terus dibebankan dengan 'cukai atas cukai' yang bertimpa-timpa ini dan Bajet 2023 adalah peluang terbaik untuk Perdana Menteri menggembirakan rakyat.

“Saya difahamkan ketika ini, konsultasi Bajet 2023 sedang berlangsung, saya berharap kerajaan mempertimbangkan cadangan ini,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu, menurut beliau, cadangan tersebut dilihat memberi lebih banyak manfaat kepada rakyat dan kerajaan secara keseluruhan.

Kerajaan sebenarnya boleh melihat dan mempelajari daripada United Kingdom (UK) dalam pelaksanaan hal ini, yang mana negara itu sudah menghapuskan cukai jalan sejak 2015 dan hanya mengenakan cukai duti eksais (VED) sahaja untuk pemilik kenderaan.

“Bagi menampung kehilangan hasil akibat penghapusan cukai jalan ini pula, kerajaan boleh menimbangkan untuk mengurangkan subsidi minyak dan kaedah ini sebenarnya lebih adil kepada rakyat dan kerajaan, kerana ia bersifat bersasar terus kepada pengguna yang layak khususnya dari kumpulan B40,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: