Penagih dicekup asyik tonton video lucah

Suspek tidak sedar diserbu kerana tonton video lucah.
A
A

JERTIH - Seorang penagih dadah tidak sedar rumahnya diserbu anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) kerana asyik menoton video lucah di rumahnya dekat sini.

Lelaki berusia 40-an yang masih bujang itu ditahan dalam Operasi Khas AADK negeri Terengganu kira-kira 7.45 pagi.

Ketua Pegawai AADK Besut, Noor Hafizza Mat Zin berkata, usaha anggota AADK mengetuk pintu tidak didengari suspek kerana dia menggunakan telefon telinga menonton video tersebut.

Menurutnya, suspek ditahan untuk siasatan lanjut dan saringan awal air kencing mendapati suspek positif pil kuda.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia