Projek bangunan baharu IPD Kota Kinabalu 48 peratus siap

Muhyiddin (tiga, kiri) bertanyakan sesuatu kepada Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Dalam Negeri Datuk Mohd Dusuki Ya'acob (tiga, kanan) mengenai status pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu sewaktu melawat tapak itu hari ini. -Foto Bernama

A
A
A

KOTA KINABALU - Projek pembinaan bangunan baharu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu kini 48 peratus siap dan telah mendahului jadual asal iaitu sebanyak 1.02 peratus.

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata projek berkenaan merupakan projek pembinaan semula IPD Kota Kinabalu yang kini berkongsi bangunan dengan Balai Polis Karamunsing.

"Projek yang dijangka siap pada Mei 2020 ini merupakan usaha berterusan pihak kerajaan mempertingkatkan infrastruktur Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke arah mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selesa dan kondusif kepada warga kerja di IPD Kota Kinabalu," katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media semasa lawatanya ke tapak projek berkenaan, di sini hari ini.

Beliau berkata selain daripada projek pembinaan IPD Kota Kinabalu, kementeriannya juga mempunyai 14 projek pembangunan fizikal yang lain di Sabah bagi meningkatkan kecekapan dan perkhidmatan Agensi-agensi di bawah kementerian berkenaan.

Turut hadir pada lawatan itu, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah. -Bernama

Muhyiddin (kiri) dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim (dua, kanan) bergambar sebelum menghadiri taklimat projek pembangunan dan status pelaksanaan projek Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu hari ini. -Foto Bernama