Strategi kerangka strategi pemilikan kediaman terunggul: MB

Amirudin melakukan gimik pelancaran rumah Idaman di Kajang 2
Amirudin melakukan gimik pelancaran rumah Idaman di Kajang 2
A
A
A

KAJANG - Kerajaan Negeri Selangor menerusi Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor, Permodalan Negeri Selangor Berhad dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) merangka strategi untuk merealisasikan solusi pemilikan kediaman yang terunggul buat rakyat negeri ini.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, isu penawaran dan permintaan rumah yang tidak seimbang serta ketidakmampuan rakyat untuk membeli rumah adalah isu utama yang diteliti oleh MBI dan LPHS.

“Kita dalam usaha mencari kaedah terbaik membantu pembeli rumah, kerajaan negeri memperkenalkan satu solusi menyeluruh pemilikan rumah mampu milik yang akan merevolusikan industri perumahan negara,” katanya.

Amirudin berkata, Rumah Idaman Rakyat Selangor (Idaman) adalah satu perkongsian pintar antara kerajaan dan swasta menggunakan teknologi berinovasi tinggi serta kerjasama erat dengan institusi kewangan.

“Rumah Idaman menawarkan kediaman berkeluasan 1,000 kaki persegi, tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua parkir kereta.

“Menariknya setiap rumah Idaman ini turut disertakan dengan set televisyen (TV), kabinet TV, kabinet dapur, penyaman udara di setiap bilik serta pemanas air di bilik air,” katanya pada sidang media selepas melancarkan rumah Idaman di Kajang 2, di sini, tadi.

Semua unit Rumah Idaman akan dijual pada harga RM250,000 dan kerajaan negeri mensasarkan pembinaan sebanyak 30,000 untuk rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun.

“Rumah Idaman ini juga akan dibina di Kajang, Bangi, Ampang, Shah Alam, Cyberjaya, Dengkil, Setia Alam, Klang, Bandar Saujana Putra, Bandar Salak Tinggi dan Kuala Langat Utara.

Artikel Berkaitan:

“Kerajaan negeri juga dalam perbincangan akhir dengan beberapa institusi kewangan untuk menawarkan pinjaman mampu milik yang lebih realistik kepada peminjam dengan anggaran nilai sebanyak RM1 bilion seperti yang diumumkan dalam Belanjawan negeri,” katanya.

#Kajang KAJANG – Kerajaan Negeri Selangor menerusi Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor, Permodalan Negeri Selangor Berhad dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) merangka strategi untuk merealisasikan solusi pemilikan kediaman yang terunggul buat rakyat negeri ini. Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, isu penawaran dan permintaan rumah yang tidak seimbang serta ketidakmampuan rakyat untuk membeli rumah adalah isu utama yang diteliti oleh MBI dan LPHS. “Kita dalam usaha mencari kaedah terbaik membantu pembeli rumah, kerajaan negeri memperkenalkan satu solusi menyeluruh pemilikan rumah mampu milik yang akan merevolusikan industri perumahan negara,” katanya. Amirudin berkata, Rumah Idaman Rakyat Selangor (Idaman) adalah satu perkongsian pintar antara kerajaan dan swasta menggunakan teknologi berinovasi tinggi serta kerjasama erat dengan institusi kewangan. “Rumah Idaman menawarkan kediaman berkeluasan 1,000 kaki persegi, tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua parkir kereta. “Menariknya setiap rumah Idaman ini turut disertakan dengan set televisyen (TV), kabinet TV, kabinet dapur, penghawa dingin di setiap bilik serta pemanas air di bilik air,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Idaman di Kajang 2, di sini, tadi.

Posted by Sinar Harian Edisi Selangor & KL on Saturday, April 6, 2019