X

Kindly register in order to view this article
!

Kehilangan Ashraf: Jangan sampai jadi kes kehilangan lain

Razarudin melepaskan konvoi Kembara Kapcai sempena peringatan Hari Polis ke-212 di pekarangan IPD Ipoh.
A
A

IPOH - Polis Perak memberi peringatan agar setiap misi sukarelawan mencari peserta Gopeng Ultra Trail yang hilang, Mohammad Ashraf Hassan, 29, dilakukan mengikut aturan yang betul bagi mengelak timbulnya kes kehilangan lain.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, langkah itu penting kerana dikhuatiri berlaku kejadian tidak diingini kalangan sukarelawan yang memerlukan operasi baru digerakkan.

"Kita tidak mahu pencari itu hilang, nanti jadi isu lain.

"Bila dia cari, dia hilang.

"Selepas itu, kita pula cari orang yang konon-kononnya berusaha, muat naik, tularkan dalam Facebook dan Whatsapp.

"Aturan pencarian itu telah ditentukan jadi sebarang usaha mencari perlulah diketuai polis dan bomba sebagai pihak berkuasa," katanya kepada pemberita, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Ada kemungkinan gangguan makhluk halus'

Tiada laporan ritual melampau mencari Acap

Mengulas mengenai penggunaan ritual melampau oleh segelintir pihak, beliau berkata, setakat ini polis tidak menerima sebarang laporan berhubung perkara itu.

Razarudin menampal pelekat Kembara Kapcai sebagai gimik perasmian, hari ini.
Razarudin menampal pelekat Kembara Kapcai sebagai gimik perasmian, hari ini.

Katanya, menjadi amalan biasa sekiranya ahli keluarga dipanggil berdoa atau melakukan solat hajat atau sunat di lokasi pencarian.

"Operasi melibatkan pihak berkuasa masih lagi berjalan dalam skala yang kecil dan semalam, kita juga dimaklumkan seluruh masjid mengadakan solat hajat agar mangsa ditemui selamat, kita berterima kasih atas usaha itu," katanya.

Terdahulu, Razarudin ditemui selepas melepaskan konvoi Kembara Kapcai sempena peringatan Hari Polis ke-212 di pekarangan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

Program berkenaan disertai 212 pegawai dan anggota diketuai Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!