AS senaraikan Kor Pengawal Revolusi Iran sebagai organisasi pengganas

 IRGC adalah entiti keselamatan Iran yang paling berkuasa.
IRGC adalah entiti keselamatan Iran yang paling berkuasa.
A
A
A

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Amerika Syarikat (AS) akan mengklasifikasikan Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) sebagai sebuah pertubuhan pengganas, satu langkah yang belum pernah terjadi sekali gus meningkatkan tekanan terhadap pasukan elit itu, lapor The Wall Street Journal semalam.

Akhbar itu yang memetik sumber enggan dikenali berkata, Jabatan Negara AS akan mengumumkan pengumuman berhubung perkara tersebut selewat-lewatnya Isnin ini.

Ini adalah kali pertama AS secara rasmi melabel sebuah angkatan tentera negara lain sebagai kumpulan pengganas.

Menurut pengkritik, keputusan itu bakal menjejaskan hubungan diplomatik antara Washington dan Teheran.

Setakat ini, IRGC adalah entiti keselamatan Iran yang paling berkuasa.

Ia turut menguasai sejumlah besar kepentingan dalam ekonomi Iran dan pengaruh yang kuat dalam sistem politik negara itu.

Sehingga kini, AS sudah menyenarai hitam berpuluh-puluh entiti dan individu yang berkaitan dengan IRGC.

Pada 2007, Perbendaharaan AS menyenaraikan hitam Angkatan Quds IRGC, unit elit yang bertanggungjawab ke atas operasi di luar negara kerana ‘sokongannya terhadap keganasan’ dan berkata: “Ia adalah sayap utama Iran untuk melaksanakan dasar menyokong pengganas dan kumpulan pemberontak." - Agensi

Artikel Berkaitan: