Tun M rasmi perlumbaan peringkat pertama LTDL 2019

Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah tiba di garisan permulaan bagi melakukan flag-off pada Majlis Pelepasan Peringkat Pertama (Kuala Lumpur-Tampin) perlumbaan jelajah berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 di KLCC, hari ini. - Foto Bernama
Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah tiba di garisan permulaan bagi melakukan flag-off pada Majlis Pelepasan Peringkat Pertama (Kuala Lumpur-Tampin) perlumbaan jelajah berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 di KLCC, hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini merasmikan majlis pelepasan peringkat pertama perlumbaan basikal berprestij Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 di hadapan KLCC di sini.

Tepat 12 tengah hari, beliau melepaskan 132 peserta daripada 22 pasukan yang akan berkayuh membabitkan laluan dari Kuala Lumpur ke Tampin, Negeri Sembilan sejauh 176.9km.

Sebelum itu, ketibaan beliau diiringi isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad dan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.

Bagi perlumbaan pembukaan ini, kelebihan dilihat memihak kepada pakar pendakian apabila melalui empat zon pendakian sepanjang perlumbaan dengan tiga pendakian Kategori 3 iaitu Ampang Look Point, Bukit Tangga dan Bukit Putus serta satu Kategori 2 di Genting Peres.

Pelumba juga akan melalui tiga zon pecutan di kilometer (KM) 25.4 Pekan Batu 18, KM 110.6 Ampangan dan KM 138 Kuala Pilah.

Pelumba dijangka tiba di garisan penamat di Jalan Besar Tampin sekitar pukul 4 petang.

LTLD 2019 menawarkan 4 kategori jersi yang bakal menjadi rebutan iaitu juara Keseluruhan (jersi kuning), Raja Bukit (jersi merah), Raja Pecut (jersi hijau) dan Juara Asia (jersi putih), selain Pasukan Terbaik Keseluruhan dan Pasukan Terbaik Asia sepanjang jelajah lapan peringkat meliputi jarak keseluruhan 1,225.8km. -Bernama

Artikel Berkaitan: