11 kanak-kanak jadi korban Israel sejak Januari

Lebih seribu kanak-kanak ditahan rejim Zionis pada 2018.
Lebih seribu kanak-kanak ditahan rejim Zionis pada 2018.
A
A
A

RAMALLAH - PALESTIN. Sekurang-kurangnya 11 kanak-kanak Palestin di Tebing Barat dan Genting Gaza maut ditembak rejim Zionis sejak Januari lalu.

Pertubuhan Perlindungan Kanak-kanak Antarabangsa - Palestin (DCI-P) melaporkan kematian itu direkodkan ketika protes antipendudukan Israel di sepanjang sempadan Genting Gaza.

Sementara itu, data Biro Pusat Statistik Palestin (PCBS) menunjukkan jumlah budak Palestin yang terkorban akibat kekejaman Palestin meningkat secara mendadak pada 2018 berbanding tahun sebelumnya.Selain itu, maklumat dikeluarkan Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan mendapati 1,063 kanak-kanak juga adalah antara kira-kira 6,500 kes tahanan dilaporkan pada 2018.

Difahamkan, seramai 250 budak Palestin bawah umur juga masih dipenjarakan. - Agensi

Artikel Berkaitan: