Lampin pakai buang, tuala wanita diiktiraf halal dilancar

Dr. Sirajuddin (dua, kiri) menyerahkan sijil halal untuk produk lampin pakai buang dan tuala wanita keluaran Bio Integrasi Global Sdn Bhd sambil diperhatikan oleh Shahrizal (kanan) dan Kon Foon (kiri).
Dr. Sirajuddin (dua, kiri) menyerahkan sijil halal untuk produk lampin pakai buang dan tuala wanita keluaran Bio Integrasi Global Sdn Bhd sambil diperhatikan oleh Shahrizal (kanan) dan Kon Foon (kiri).
A
A
A
MENEPATI konsep halalan toyyiban, sebuah syarikat mengeluarkan produk lampin pakai buang bayi dan orang dewasa serta tuala wanita halal pertama di dunia.

Lampin pakai buang bayi jenama Bae Bae dan tuala wanita Flowra keluaran syarikat Bio Integrasi Global Sdn Bhd itu menerima status pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Pegawai Ekskutif Bio Integrasi Sdn Bhd, Datuk Paduka Shahrizal Sarip berkata, dua produk itu menggunakan bahan yang bukan sahaja disahkan halal malah selamat digunakan.

"Produk Bae Bae adalah ia direka bagi membolehkan bayi dan kanak-kanak bergerak dengan selesa termasuk bahagian pinggang yang lembut dan nipis.

"Bagi produk tuala wanita Flowra, ia didatangkan dengan teknologi yang membolehkan penyerapan tanpa kebocoran selain mampu lebih bertahan lama," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyerahan sijil halal dan pelancaran dua produk itu sempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas) 2019 di Pusat Pameran Antrabangsa (Mitec), di sini.

Status pengiktirafan halal daripada Jakim diserahkan oleh Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia Jakim, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee.

Shahrizal berkata, tuala wanita dijual pada harga di antara RM4 hingga RM7, sementara lampin pakai buang ditawarkan pada harga bermula RM45.

Sementara itu, Ketua Pegawai Ekskutif Bio Integrasi Sdn Bhd, David Chen Kon Foon berkata, syarikat itu menyasarkan untuk menguasai lima peratus pasaran bagi tempoh lima bulan.
Artikel Berkaitan:


Katanya, buat masa ini lampin pakai buang Bae Bae dan tuala wanita Flowra dijual atas talian namun akan berada di kedai fizikal dalam tempoh terdekat.

"Sebanyak 80 peratus pengguna yang mencuba produk kita kembali kepada kita dan memberikan pujian yang tinggi," katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, buat masa ini produk keluaran Bio Integrasi Global itu dihasilkan di China tetapi syarikatnya merancang untuk membina kilang yang canggih dan moden di Malaysia.