Tentera Myanmar bedil penduduk Rohingya

Tentera Myanmar dikecam negara antarabangsa kerana melancarkan tindakan kekerasan ke atas penduduk Rohingya.
Tentera Myanmar dikecam negara antarabangsa kerana melancarkan tindakan kekerasan ke atas penduduk Rohingya.
A
A
A

YANGON - MYANMAR. Sekurang-kurangnya lima terbunuh dan lebih 12 cedera selepas sebuah helikopter tentera membedil sekumpulan penduduk Islam Rohingya yang sedang mengumpulkan batang buluh di Rakhine.

Semalam, pemimpin komuniti, Zaw Kir Ahmed memberitahu serangan udara itu berlaku di lembah di Buthidaung berhampiran perkampungan yang didiami etnik Rohingya.

"Insiden itu berlaku kira-kira jam 4 petang (waktu tempatan). Penduduk kampung tidak berani keluar rumah kerana takut," kata Ahmed dari kampung Kin Taung.

"Apabila saya bertanya mangsa cedera, mereka kata tembakan itu datang dari udara," kata Ahli Parlimen tempatan, Maung Kyaw Zan.

Sementara itu, Ketua Delegasi Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa, Stephan Sakalian mengesahkan pasukan dari pertubuhan itu telah melawat mangsa dan sebahagian daripada mereka turut memerlukan pembedahan segera.

Jurucakap tentera, Mejar Jeneral, Tun Tun Nyi bagaimanapun enggan mengulas kejadian itu.

Pada 2017, negeri Rakhine menjadi perhatian dunia selepas gelombang keganasan kedua menyaksikan ratusan ribu etnik Rohingya melarikan diri ke Bangladesh. - AFP

Artikel Berkaitan: