Israel dalang rampasan kuasa gulingkan Mursi

Al-Sisi (kanan) pernah menjadi menteri pertahanan ketika di bawah pemerintahan Mursi.
Al-Sisi (kanan) pernah menjadi menteri pertahanan ketika di bawah pemerintahan Mursi.
A
A
A

TEL AVIV - ISRAEL. Israel didakwa menjadi dalang di sebalik insiden rampasan kuasa yang menggulingkan bekas Presiden Mesir, Mohammed Mursi pada 2013 yang menjadi pemimpin pertama dipilih secara demokrasi di Mesir.

Calon parti gerakan Ikhwanul Muslimin berusia 68 tahun itu memegang tampuk pemerintahan selepas revolusi kebangkitan rakyat yang menyaksikan kejatuhan rejim bekas diktator, Hosni Mubarak pada 2011.

Menurut Brigadier Jeneral, Aryeh Eldad dalam artikel diterbitkan akhbar Maariv, pegawai risikan Israel mendakwa mereka mempunyai sebab untuk percaya Mursi berniat membatalkan perjanjian damai Kem David dengan Israel yang ditandatangani pada 1978 dan kerajaan mahu menghantar lebih ramai anggota tentera Mesir ke Semenanjung Sinai.

"Apabila rancangan Mursi terbongkar, Israel mula merancang untuk menggulingkan beliau dan menggantikannya dengan Abdel Fattah al-Sisi yang berkhidmat sebagai menteri pertahanan sebelum rampasan kuasa itu berlaku.

"Ketika itu, Israel segera memainkan peranan untuk membawa al-Sisi memegang kuasa dan meyakinkan pentadbiran Amerika Syarikat yang ketika itu berada di bawah bekas Presiden, Barack Obama untuk menyokong langkah itu," ujarnya.

Al-Sisi memegang kuasa pada 2014, setahun selepas ia melancarkan kudeta ke atas Mursi dan beliau dijangka memegang jawatan itu sehingga tahun 2034 selepas kandungan Perlembagaan dipinda pada awal tahun lalu.

Ketika ini, Mursi sedang menjalani hukuman penjara 20 tahun atas kesalahan mengarahkan pembunuhan ke atas penunjuk perasaan, 25 tahun hukuman penjara atas dakwaan menyerahkan dokumen sulit kepada Qatar dan tiga tahun penjara selepas disabit bersalah menghina badan kehakiman.

Tahun lalu, Panel Kajian Semula Penahanan terdiri daripada peguam yang mewakili keluarga Mursi memberi amaran beliau mungkin berdepan 'kematian pramatang' kerana keadaan penjara yang teruk dan layanan buruk yang diterimanya. - Agensi

Artikel Berkaitan: