Air percuma Selangor perlu menyeluruh: ADUN

Mohd Imran (kiri) bergambar bersama wakil Air Selangor selepas memasang bidal air yang berfungsi mengurangkan aliran air daripada pili pada Program Jimat Air bersama Air Selangor di Balai raya Kampung Hala Cara Baru Parit 16, di sini.
Mohd Imran (kiri) bergambar bersama wakil Air Selangor selepas memasang bidal air yang berfungsi mengurangkan aliran air daripada pili pada Program Jimat Air bersama Air Selangor di Balai raya Kampung Hala Cara Baru Parit 16, di sini.
A
A
A

SUNGAI PANJANG - Kerajaan negeri Selangor dicadang mengkaji semula penjajaran semula peruntukan Program Air Percuma bagi memastikan mereka yang layak tidak tercicir menikmati bantuan berkenaan.

ADUN Sungai Panjang, Datuk Mohd Imran Tamrin berkata, kepimpinan Menteri Besar, Amirudin Shari perlu meneliti perkara itu sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya.

Menurutnya, perkara ini dibimbangi jika pihak yang sepatutnya memperoleh bantuan tercicir daripada menerima manfaaf tersebut.

"Pada pandangan saya, ia hanya akan menyebabkan pihak ataupun penduduk terutama di DUN Sungai Panjang tersisih," katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Jimat Air bersama Air Selangor di Balai raya Kampung Hala Cara Baru Parit 16, di sini, hari ini.

Mohd Imran berkata, berdasarkan pemerhatian di daerah Sabak Bernam khususnya DUN Sungai Panjang kebanyakan penduduk berpendapatan rendah dan layak menerima skim air percuma.

"Berilah pemilik akaun domestik di seluruh daerah ini air percuma secara bersasar kerana majoriti penduduk di sini terdiri daripada golongan bawah B40.

"Biarlah mereka yang menetap di perumahan mewah di kawasan bandar seperti Shah Alam, Puchong, Klang dan sebagainya dikenakan bayaran," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, beliau juga pernah membangkitkan pemberian air percuma secara berfasa itu dikaji secara menyeluruh di peringkat sidang DUN.

"Setakat ini, penjajaran semula ini masih lagi dalam tempoh kajian dan difahamkan kerajaan negeri ingin menyasarkan berdasarkan pangkalan data e-kasih dan juga bantuan sara hidup," katanya.

Air percuma perlu menyeluruh MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR SUNGAI PANJANG - Kerajaan negeri dicadang mengkaji semula penjajaran semula peruntukan Program Air Percuma bagi memastikan mereka yang layak tidak tercicir menikmati bantuan berkenaan.

Posted by Sinar Harian Edisi Selangor & KL on Sunday, April 7, 2019