Zoo Fukuoka minat beruang matahari

Abdul Rahim (dua, kanan) menerima replika cek sumbangan RM3,000 dari wakil ketua jabatan, ketua bahagian dan seluruh warga MPT bagi penanaman 1,000 pokok di bandar Taiping.
Abdul Rahim (dua, kanan) menerima replika cek sumbangan RM3,000 dari wakil ketua jabatan, ketua bahagian dan seluruh warga MPT bagi penanaman 1,000 pokok di bandar Taiping.
A
A
A
TAIPING - Pihak Zoo Fukuoka, Jepun, menzahirkan minat mereka untuk membawa beruang matahari yang ada di Zoo Taiping and Night Safari sebagai pertukaran haiwan di antara kedua-dua zoo itu.

Bagaimanapun perkara berkenaan belum diputuskan lagi memandangkan jalinan persahabatan melalui perjanjian persefahaman (MoU) antara Bandar Fukuoka, Jepun dan Taping masih lagi dalam perbincangan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Datuk Abdul Rahim Md. Ariff berkata, pertukaran haiwan antara kedua-dua bandar berkenaan kini sudah berada di peringkat pertama iaitu melibatkan pertukaran pegawai dan penjaga zoo dari kedua-dua zoo tersebut.

"Peringkat pertama ini melibatkan pertukaran antara pegawai dan penjaga zoo di mana kita akan jemput mereka dari Zoo Fukuoka untuk menjalani latihan penjagaan haiwan yang bakal ditukarkan.

"Berapa ramai terlibat kami masih belum putuskan dan apabila peringkat ini selesai barulah kita akan kenal pasti haiwan apa yang akan ditukarkan antara kedua-dua zoo ini," katanya kepada pemberita pada satu sidang media di pejabatnya, di sini, hari ini.

Menurut Abdul Rahim selain daripada beruang matahari, pihaknya melihat kemungkinan untuk bertukar beberapa spesis burung antara Zoo Taiping and Night Safari dan Zoo Fukuoka.

"Apa pun kita belum boleh muktamadkan, yang boleh saya katakan mereka tunjuk minat dengan beruang matahari di negara kita dan kami melihat burung juga antara spesies yang boleh kita libatkan dalam kerjasama ini," katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Abdul Rahim turut mempelawa individu, jabatan dan agensi kerajaan, pihak swasta serta persatuan bukan kerajaan (NGO) untuk bersama-sama menyumbang dalam projek melestarikan Bandar Taiping dengan menanam 1,000 pokok.

"Seperti kita sedia maklum Taiping telah mendapat pengiktirafan 100 Destinasi Lestari Terbaik Dunia 2018 dan menduduki tempat ketiga Anugerah Bandar Terbaik Dunia 6 Mac lalu.
Artikel Berkaitan:


"Oleh demikian ekoran daripada kemenangan dan pencapaian berprestij ini MPT merasakan satu inisiatif perlu dilaksanakan sebagai usaha mengekalkan bandar Taiping sebagai bandar yang menyokong elemen-elemen eko dan aktiviti berkaitan konservasi pokok serta penghijauan," katanya.

Justeru itu, menurut Abdul Rahim pihak MPT mensasarkan 1,000 batang pokok ditanam sepanjang 2019 di seluruh bandar berkenaan secara berperingkat melibatkan beberapa jenis pokok antaranya Bunga Tanjung, Merawan Siput Jantan, Penaga Lilin dan Yellow Flame.

"Jadi MPT mempelawa masyarakat Taiping, agensi kerajaan dan swasta serta NGO tampil menaja pokok berkenaan dengan harga yang ditetapkan sebanyak RM180 sepokok.

"Sehingga hari ini MPT berjaya mendapatkan sumbangan sebanyak RM3,000 untuk 17 batang pokok daripada ketua jabatan, ketua bahagian dan seluruh warga kerja kami," katanya.