Tebusan rakyat Malaysia diselamatkan di selatan Filipina

No Image Caption
A
A
A

MANILA - Pasukan marin telah menyelamatkan seorang mangsa culik rakyat Malaysia di wilayah Sulu yang terletak di selatan Filipina, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan sumber tentera pada Jumaat.

Brigidier Jeneral Divino Pabayo berkata mangsa, Jan Abdullah, telah diselamatkan pada pukul 4.25 petang Khamis di Simisa, sebuah pulau terpencil di Banguingui, Sulu.

Abdullah telah ditembak oleh anggota kumpulan Abu Sayyaf yang menawannya ketika dia melarikan diri sebelum ditemui anggota pasukan marin, kata Pabayo.

Beliau berkata pasukan marin kemudian mengangkut Abdullah melalui udara dan dibawa ke sebuah hospital untuk rawatan segera.

Pabayo berkata tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dialami tentera kerajaan ketika menjejaki anggota kumpulan Abu Sayyaf.

"Kejayaan taktikal terkini Angkatan Bersenjata Filipina di Sulu dimungkinkan oleh sokongan berterusan masyarakat Tausug yang cintakan keamanan," kata Pabayo.- Bernama

Artikel Berkaitan: