Bolehkah solat sebelum azan berkumandang?

Sebaiknya solatlah apabila masuknya waktu solat. -GAMBAR HIASAN.
Sebaiknya solatlah apabila masuknya waktu solat. -GAMBAR HIASAN.
A
A
A

SOLAT pada awal waktu memang digalakkan dalam Islam.

Namun, janganlah terlalu tergopoh-gapah sehinggakan azan belum berkumandang lagi, solat sudah pun selesai ditunaikan.

Meskipun hendak solat cepat kerana ada tugas lain yang kurang begitu mendesak, namun, usahlah disebabkan itu solat kita menjadi tidak sah.

Dalam situasi solat fardu sebelum azan ini boleh dibahagikan kepada dua keadaan.

Pertama, kita solat sebelum masuk waktu solat dan sebelum azan dilaungkan.

Maka, tidak sahlah solat kita dan perlu diulangi semula setelah masuk waktu solat tersebut.

Bagi kategori kedua pula, kita solat selepas masuknya waktu solat tetapi sebelum azan dilaungkan.

Solat ini adalah sah dan tidak perlu diulangi.

Artikel Berkaitan:

Apa pun, kita dinasihatkan agar tidak tergesa-gesa menunaikan solat sebelum azan berkumandang kerana kebiasaannya azan dilaungkan pada awal waktu.

Bagaimanapun, ia dikecualikan jika menjadi kebiasaan di tempat tersebut azan dilaungkan terlalu lewat daripada masuknya waktu.

Satu lagi keadaan dikecualikan adalah keadaan di mana seseorang itu perlu untuk menunaikan solat dengan cepat atas urusan penting yang tidak dapat dielakkan.

Ibadah solat merupakan ibadah yang telah ditetapkan waktu permulaan dan akhir.

Ia sebagaimana firman ALLAH SWT: "Sesungguhnya solat itu adalah satu kewajipan ke atas orang-orang yang beriman yang telah ditetapkan waktunya." (Surah an-Nisa': 103)

(Sumber: Al-Kafi #1151: Menunaikan Solat Fardu Sebelum Azan Berkumandang, Laman Web Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan)