Hanya dua malam: Misha, Sarah, Noryn akui sedih

No Image Caption
A
A
A
PENYANYI trio, Misha Omar, Siti Sarah Raisuddin, dan Noryn Aziz mengakui sedih dan kasihan kepada peminat mereka yang tidak sempat membeli tiket konsert Soul Sisters di Istana Budaya.

konsert yang disifatkan eksklusif oleh penganjur, Edd Razhe Entertainment (ERE) ini berlangsung dua malam sahaja, pada Jumaat dan Sabtu.

"Tentulah kami berasa kasihan kepada mereka sebab peluang ini hanya mungkin pada dua malam Jumaat dan Sabtu sahaja untuk lihat kami bertiga bergabung.

"Tapi begitulah kami pun tak dapat nak berbuat apa-apa.

"Biarpun promosi dah berbulan dilakukan tapi saya faham masing-masing ada kekangan dari segi ekonomi.

No Image Caption



"Harapan saya semoga Soul Sisters menjadi brand dan untuk ubati peminat mungkin konsert ini disalurkan ke TV stesen supaya mereka boleh saksikan,"
kata Misha, 37, kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Noryn, 42, berharap semoga konsert mereka sukses dan dapat dilangsungkan lagi supaya peminat yang tidak sempat membeli tiket konsert dapat hadir pada konsert seterusnya .

"Kalau konsert ini berjaya mungkin Soul Sisters akan dibuat dengan skala lebih besar yang mungkin tak mustahil kalau konsert seterusnya diadakan di negara lain pula," ujar Noryn sambil dipersetujui Sarah.

Artikel Berkaitan:


Penyanyi-penyanyi hebat ini ditemui pada sidang media selepas malam previu Konsert Soul Sisters.

Pada malam semalam mereka mempersembahkan empat segmen medley menerusi lagu-lagu popular.