Kes mahkamah Najib mungkin rumitkan kempen BN: KJ

A
A

SEREMBAN - Kes mahkamah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin akan merumitkan kempen BN di PRK DUN Rantau, kata Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, sehubungan itu BN perlu memberi penerangan kepada rakyat berkenaan perkara itu.

"Ini proses undang-undang dan akan mengambil masa. Tidak ada sesiapa yang didapati bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

"Jadual perbicaraan juga agak merumitkan kita di Rantau tetapi kita tidak akan ambil mudah perkara ini. Sedikit sebanyak isu ini perlu dijawab dan perlu diberikan penerangan," katanya kepada media selepas program khidmat masyarakat di Tokong Guan Yin di Kuala Sawah di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Najib mohon semak keputusan Mahkamah Persekutuan]

Dalam perkembangan lain, Khairy tidak menolak untuk memberi ruang kepada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bertanding di kerusi Parlimen Rembau pada PRU15.

“Boleh, tapi kita kena bincang dulu. Buat masa ini kita fokus untuk menangkan beliau di Rantau dulu," katanya.

Sebelum ini, Mohamad dilaporkan media beliau memberi bayangan akan bertanding Parlimen pada PRU15.

"Rasa-rasanya PRU15 saya tak bertanding di Rantau, rasa-rasa saya akan bertanding di Parlimen pula," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Tok Mat beri bayangan tanding Parlimen pada PRU15]


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia