Remaja maut, motosikal rempuh kereta

Keadaan kenderaan yang terbabit dalam nahas, malam tadi. Gambar kecil: Muhammad Khairi
Keadaan kenderaan yang terbabit dalam nahas, malam tadi. Gambar kecil: Muhammad Khairi
A
A
A

BAGAN SERAI - Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangi merempuh sebuah kereta di Jalan Minitar Kampung Parit Air Kalang, malam tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 8 malam itu, Muhammad Khairi Rozali, 15, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa yang sudah tidak bersekolah dalam perjalanan dari arah Parit Haji Taib 3 ke Bagan Serai.

Bagaimanapun, tiba di tempat kejadian, motosikal jenis Honda Wave ditunggangi mangsa hilang kawalan sebelum merempuh bahagian hadapan sebuah kereta jenis Corolla Altis dipandu seorang wanita berusia 33 tahun.

Pelanggaran itu menyebabkan mangsa tercampak ke bahagian kanan jalan dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob mengesahkah kejadian dan memaklumkan mayat mangsa dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat.

"Tiada sebarang tangkapan dibuat dan kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: