Ahmad Zaki Sdn Bhd terima pengiktirafan CIDB Score 5 Bintang


Azman ketika menerima pengiktirafan CIBD Score 5 Bintang pada sebuah majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Azman ketika menerima pengiktirafan CIBD Score 5 Bintang pada sebuah majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.
A
A
A
AHMAD Zaki Sdn Bhd (AZSB), anak syarikat Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB), telah dianugerahkan pengiktirafan CIDB Score 5 Bintang pada majlis bersempena Minggu Pembinaan Antarabangsa (International Construction Week) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Program Score (Penilaian Keupayaan dan Kemampuan Kontraktor) itu dibangunkan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB Malaysia) dengan kerjasama SME Corporation Malaysia (SME Corp), untuk membolehkan kontraktor tempatan dinilai menggunakan sistem penilaian terperinci dan komprehensif.

Pengiktirafan itu dianugerahkan kepada AZSB berdasarkan parameter seperti kekuatan pengurusan, kepakaran teknikal, prestasi perniagaan dan amalan terbaik.Timbalan Pengarah Urusan AZSB, Datuk Azman Marzuki berkata yang pihaknya berbesar hati atas pengiktirafan dianugerahkan itu dan bertekad untuk terus mengekalkan dan mempertingkatkan keupayaan dalam menghasilkan piawaian tertinggi dalam semua pelaksanaan projek.

Program CIDB SCORE menilai syarikat-syarikat yang terlibat dalam industri pembinaan Malaysia dengan penarafan Bintang 0-5.

Penilaian 0 adalah tahap asas dan penarafan bintang 5 yang adalah tertinggi.
Artikel Berkaitan:


Ia adalah sebahagian usaha berterusan CIDB Malaysia meningkatkan profil industri pembinaan tempatan dan menyediakan asas bagi pembangunan kontraktor Malaysia dengan mengenal pasti ruang penambahbaikan.

AZSB, anak syarikat AZRB, kini terlibat dalam pelbagai projek mega termasuk Klang Valley Mass Rapid Transit (KVMRT) laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya.