Kasihan Najib, keluar masuk mahkamah hadap 40-50 pertuduhan: Tok Mat

A
A

Kasihan Najib, keluar masuk mahkamah hadap 40-50 pertuduhan: Tok Mat

Calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan mempersoalkan tindakan kerajaan yang masih belum membuktikan Datuk Seri Najib Tun Razak bersalah dalam kes 1MDB walaupun sebelum ini mendakwa mempunyai bukti.

Sebaliknya kata Tok Mat, kertas pertuduhan yang begitu lama diambil untuk disiapkan disifatkannya sebagai temberang sahaja.

Bagaimanapun kata Tok Mat, belia bukan lah meminta bekas perdana menteri itu dipenjarakan susulan skandal 1MDB.

Timbalan presiden Umno itu berkata laporan setengah media seolah-olah beliau mahu Najib ditangkap tidak tepat.

Najib kini menghadapi 42 pertuduhan jenayah termasuk pengubahan wang haram, jenayah pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa.

Perbicaraan ke atas tujuh pertuduhan yang membabitkan SRC International, telah bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari Rabu lalu.

PRU15: Muafakat Pas-UMNO boleh menang lebih 132 kerusi

Muafakat politik Pas dan UMNO dijangka boleh memberikan kemenangan kepada gabungan itu dengan lebih 132 kerusi Parlimen pada PRU15.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, jangkaan itu berdasarkan perubahan mood yang ditunjukkan pengundi selepas PRU14.

Katanya, bagi tujuan itu, Pas dan UMNO akan rangka muafakat politik dalam konsep yang dipersetujui bersama memandangkan Pas dan UMNO masing-masing ada dua negeri.

Insya-ALLAH dari Perlis ke Pahang, Terengganu dan Kelantan, kalau muafakat politik ini berjalan dengan betul Pas UMNO boleh menang lebih 132 kerusi Parlimen.

Katanya, dengan mengambil kira perubahan yang berlaku dalam PRK Semenyih, bukan ombak biasa tapi tsunami politik yang akan berlaku dalam PRU15," katanya ketika berucap dalam ceramah di Kampung Pasir Linsum sempena PRK Rantau.

107 dicekup, Imigresen gempur Pasar Borong Selayang

Jabatan Imigresen menggempur Pasar Borong Selayang, awal pagi tadi menerusi Ops Bersepadu yang memfokuskan warga asing yang menjalankan perniagaan haram.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, operasi kira-kira jam 5 pagi itu telah menjalankan pemeriksaan terhadap 150 orang.

Menurutnya, hasil pemeriksaan 107 warga asing termasuk 79 daripada mereka yang merupakan pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) ditahan.

Mengulas lanjut, sepanjang tempoh 1 Januari hingga kelmarin, Imigresen melaksanakan 1,094 operasi Ops Jaja dan Ops Belanja di sekitar pasar borong, pasar malam dan premis-premis perniagaan seluruh negara.

Seramai 930 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditangkap.

Murid darjah 4 maut dilanggar van sekolah

Murid darjah empat meninggal dunia selepas dilanggar van sekolah dalam kejadian jam 6.20 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, kejadian berlaku di kawasan Apartmen Seri Teluki ketika pemandu van berkenaan menghantar pulang mangsa dari sekolah.

Menurutnya, mangsa turun dari kenderaan terbabit dan melintas di hadapan van tanpa disedari pemandu tersebut.

Van dipandu wanita berusia 56 tahun itu terlanggar mangsa dan hanya menyedari kejadian sebaik melihat cermin sisi.

Pengganas kulit putih, Brenton Tarrant diarah jalani pemeriksaan mental

Hakim Mahkamah Tinggi Christchurch, Cameron Mander mengarahkan Brenton Tarrant yang dituduh melakukan serangan di dua buah masjid di Christchurch pada 15 Mac lalu, menjalani pemeriksaan kesihatan mental.

Tarrant, 28, berdepan 50 tuduhan membunuh dan 39 cubaan bunuh.

Warga Australia itu akan diperiksa oleh dua penilai kesihatan bagi memastikan 'sama ada tertuduh berada dalam keadaan sihat untuk berdepan perbicaraan atau tidak siuman'.

Tarrant muncul menerusi pautan video dari Auckland, lokasi tertuduh dipenjarakan dengan kawalan keselamatan maksimum.