PNS lancar pembukaan cawangan Gloria Jean’s Coffees ke-42


Adun Permas, Datuk Seri Che Zakaria Mohd Salleh (tengah) merasmikan pembukaan cawangan Gloria Jean’s Coffees ke-42 di Hospital Pakar KPJ Pasir Gudang, baru-baru ini.
Adun Permas, Datuk Seri Che Zakaria Mohd Salleh (tengah) merasmikan pembukaan cawangan Gloria Jean’s Coffees ke-42 di Hospital Pakar KPJ Pasir Gudang, baru-baru ini.
A
A
A
PERBADANAN Nasional (PNS) melalui anak syarikatnya Wonderful Lifestyle Sdn Bhd meluaskan rangkaiannya dengan pembukaan Gloria Jean’s Coffees ke-42 di Hospital Pakar KPJ Pasir Gudang, Johor.

Gloria Jean’s Coffees adalah satu-satunya jenama gourmet coffee antarabangsa yang menawarkan sistem francais di Malaysia.

Cawangan baharu di hospital itu dimiliki oleh Che Wan Muhammad Hafiz Che’ Wan Aminuddin daripada CW Medi-Smart Services Sdn Bhd.

Pembukaan cawangan itu selari dengan misi Gloria Jeans's Coffees membuka sebanyak 25 cawangan menjelang 2023 dengan sasaran 11 pembukaan cawangan baharu pada 2019.

Bagi usahawan yang berminat, PNS turut menyediakan skim pinjaman pembiayaan sehingga 70 peratus dan sebelum ini telah meluluskan pembiayaan kepada 37 usahawan kopi Gloria Jean’s Coffees dengan menawarkan dua konsep francais iaitu lot kedai dan kiosk.
Artikel Berkaitan: