Terbang bersama haiwan peliharaan dengan VistaJet


VistaJet mencatat peningkatan 104 peratus jumlah haiwan peliharaan diterbangkan sepanjang dua tahun lalu.
VistaJet mencatat peningkatan 104 peratus jumlah haiwan peliharaan diterbangkan sepanjang dua tahun lalu.
A
A
A
VISTAJET, syarikat penerbangan perniagaan global, melancarkan program VistaPet yang komprehensif untuk menerbangkan haiwan peliharaan.

Syarikat itu mencatat peningkatan 104 peratus jumlah haiwan yang diterbangkan sepanjang dua tahun lalu.

Satu daripada empat Ahli VistaJet terbang secara kerap bersama haiwan peliharaan, dengan anggaran 30 juta orang mengembara bersama sahabat setia setiap tahun.

VistaPet dibangunkan dengan kerjasama pengamal veterinar berpengalaman, perapi, ahli diet dan jurulatih untuk memberi respons terhadap keperluan dan cabaran yang dihadapi apabila terbang bersama haiwan masing-masing.

Pasukan perkhidmatan pelanggan VistaJet menasihati penumpang mengenai peraturan yang dikenakan ke atas penerbangan dan destinasi mereka semasa terbang bersama haiwan kesayangan. -Bernama
Artikel Berkaitan: