DuitNow tawar hadiah bernilai RM4 juta


Eric Ngu (dua dari kanan) bersama tetamu kehormat pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang peraduan DuitNow yang berlangsung baru-baru ini.
Eric Ngu (dua dari kanan) bersama tetamu kehormat pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang peraduan DuitNow yang berlangsung baru-baru ini.
A
A
A
PAYMENTS Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) dengan kerjasama Malaysia Airlines mengadakan majlis penyampaian hadiah untuk pemenang pertama peraduan pelancaran DuitNow yang menawarkan hadiah bernilai RM4 juta.

Peraduan itu adalah kerjasama PayNet dengan bank-bank di Malaysia yang membolehkan pelanggan bank memindahkan wang serta-merta dan selamat pada setiap hari di internet atau saluran perbankan mobile bank.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PayNet Malaysia, Peter Schiesser berkata, DuitNow menerima sambutan luar biasa sejak pelancarannya tiga bulan lalu.

Menurutnya, pihaknya mempunyai lebih daripada tujuh juta nombor telefon mudah alih dan nombor kad pengenalan yang didaftarkan untuk menerima pembayaran DuitNow, manakala jumlah urus niaga meningkat lebih daripada 50 peratus bulan ke bulan.Sementara itu, Ketua Pegawai Hasil Kumpulan Malaysia Airlines, Ignatius Ong berkata, kerjasama dalam peraduan itu memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak dan Malaysia Airlines banyak melabur untuk menaik taraf produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

"Dengan semua penambahbaikan ini, kami yakin pemenang bertuah yang merupakan seorang pelanggan Public Bank Berhad, Ngu Ting Wu akan mempunyai percutian yang hebat iaitu pakej RM100,000 Malaysia Airlines Dream Holiday," katanya.
Artikel Berkaitan: