Ajal bersama dua anak saudara

Empat sekeluarga maut dalam kejadian awal pagi tadi.
Empat sekeluarga maut dalam kejadian awal pagi tadi.
A
A
A

ROMPIN - Empat termasuk pasangan suami isteri maut selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan dengan bas ekspres di Kilometer 131.2, Jalan Kuantan-Johor Bahru di sini, awal pagi tadi.

Dalam kemalangan jam 1.30 pagi itu, pemandu kereta jenis Perodua Viva dan tiga penumpangnya maut di tempat kejadian.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Syahmi Emir Mohd Rawi (pemandu), Nur Diana Afifah Hasnulhady, Yasmin Afifah Hazemi, 14 dan Yasmin Aliah Hazemi, 12.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azly Mohd Noor berkata, pemandu bas, Mohd Salleh Ghazali, 37 bersama 30 penumpangnya selamat.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, kemalangan dipercayai berlaku ketika kereta dinaiki pasangan suami isteri yang bekerja sebagai akauntan dan dua anak saudara mereka dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke Johor Bahru.

IMGwe
IMGwe

"Ketika tiba di lokasi kejadian, kereta dinaiki mereka terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas terbabit.

"Akibat kejadian, kedua-dua kenderaan terseret kira-kira 30 meter sebelum terjatuh ke dalam parit," katanya.

Artikel Berkaitan:

Azly berkata, semua mangsa yang maut dihantar ke Hospital Rompin untuk proses bedah siasat.

"Difahamkan pasangan suami isteri itu baru berkahwin sebulan lalu dan majlis sambut menantu diadakan minggu lepas.

"Mereka dipercayai dalam perjalanan ke Mersing untuk menghantar anak saudara (turut maut )sebelum meneruskan perjalanan ke Johor Bahru," katanya.

Beliau berkata, kemalangan meragut empat nyawa itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.