Lima penumpang cedera, bas rempuh treler

Kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 malam tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 malam tadi.
A
A
A

MARAN - Lima penumpang cedera apabila bas yang dinaiki merempuh belakang sebuah lori treler di Kilometer 164.1 Lebuh Raya Pantai Timur arah Kuantan di sini, malam tadi.

Dalam kemalangan kira-kira jam 8.30 malam itu, 25 penumpang lain termasuk dua kanak-kanak tidak mengalami sebarang kecederaan.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Pahang, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 8.53 malam sebelum enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Maran ke lokasi untuk bantuan menyelamat.

Menurutnya, setelah anggotanya tiba di lokasi jam 9.10 malam mendapati berlaku kemalangan melibatkan bas ekspres dan lori treler.

"Semua mangsa termasuk yang cedera sudah dikeluarkan dengan bantuan orang awam sebelum bomba tiba.

"Mangsa yang cedera dihantar ke hospital menaiki ambulans," katanya.

Mohd Sani berkata, pihaknya menjalankan pemeriksaan lanjut ke atas dua kenderaan terbabit bagi memastikan semua mangsa dikeluarkan sebelum operasi ditamatkan jam 10.05 malam.

Artikel Berkaitan: