Pengganas Christchurch diarah jalani pemeriksaan mental

Tarrant diarah jalani pemeriksaan kesihatan.
Tarrant diarah jalani pemeriksaan kesihatan.
A
A
A

CHRISTCHURCH - NEW ZEALAND . Hakim Mahkamah Tinggi New Zealand hari ini mengarahkan pemeriksaan mental dijalankan terhadap pengganas Christchurch yang berdepan 50 tuduhan membunuh dan 39 tuduhan cubaan membunuh ekoran serangan di dua masjid bulan lalu.

Hakim Cameron Mander mengarahkan pemeriksaan kesihatan tersebut bagi menentukan sama ada pengganas warga Australia, Brenton Tarrant layak dibicarakan atau mengalami masalah mental.

Pihak pembelaan berkata masa dua hingga tiga bulan diperlukan bagi melengkapkan pemeriksaan tersebut yang akan dipantau dua penilai kesihatan.

Menurut hakim, langkah berkenaan merupakan prosedur normal yang dijalankan dalam proses perbicaraan ini.

Dalam pada itu, pengganas berusia 28 tahun itu tidak bercakap sepanjang perbicaraan ringkas yang dijalankan menerusi sidang video dari penjara, namun kelihatan memberi tumpuan.

Turut mengikuti perbicaraan adalah ahli keluarga mangsa serangan masjid Christchurch serta wartawan dalam dan luar negara.

Tarrant akan terus ditahan di penjara sehingga tampil semula di mahkamah pada 14 Jun nanti. - NZHERALD

Artikel Berkaitan: