28 peserta sahut cabaran muay thai

 Cabaran Kuin Indera Muaythai Challenge Pahang Open 2019 akan berlangsung pada 19 dan 20 April nanti.
Cabaran Kuin Indera Muaythai Challenge Pahang Open 2019 akan berlangsung pada 19 dan 20 April nanti.
A
A
A

KUANTAN - Seramai 28 peserta bakal berentap merebut gelaran juara dalam cabaran Kuin Indera Muaythai Challenge Pahang Open 2019, pada 19 dan 20 April nanti.

Pengerusi Kelab Muaythai Kuin Indera, Mohd Osmahadzir Osrim berkata, juara bakal membawa pulang wang tunai dan tali pinggang muay thai

Menurutnya, muay thai disenaraikan sebagai satu kategori pertandingan dalam Sukan Malaysia (Sukma) justeru cabaran yang diperkenalkan adalah sebagai usaha mempromosikan sukan ini di mata masyarakat.

"Dua kategori bakal dipertandingkan iaitu 55 hingga 59 kilogram (kg) untuk kategori A dan 60 hingga 65 kg, kategori B.

"Bagi setiap kategori sebanyak tujuh perlawanan akan diadakan yang membariskan kesemua 28 pemain dari seluruh negara.

"Ini merupakan cabaran kali ketiga anjuran Kelab Kuin Indera namun beberapa pembaharuan diperkenalkan di mana format cabaran pada kali ini adalah kalah mati. Lima pusingan dengan tiga minit peruntukan masa bagi setiap satu perlawanan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Kuin Indera Muaythai Challenge Pahang Open 2019 di Hotel Zenith di sini, semalam.

Kejohanan yang akan berlangsung di Stadium Tertutup Sukpa, di sini itu turut membariskan para peserta yang pernah mewakili Malaysia ke Thailand.

Artikel Berkaitan:

Penaung Kejohanan yang juga Pengerusi Skuad AADK Pahang, Datuk Mohd Yusri Mat Nor berkata, turut dijalankan adalah kempen menghindari dadah pada majlis pra pelancaran yang akan diadakan di Teluk Cempedak, 18 April nanti.

"Sasaran penonton kali ini dianggarkan sehingga 15,000 berbanding 6,000 pada dua penganjuran yang lepas.

"Harapan kami agar sukan ini mendapat pendedahan dan sambutan menggalakkan dari masyarakat umum. Muay thai merupakan salah satu sukan yang bukan sahaja bertujuan bela diri tetapi salah satu riadah yang membantu mengekalkan kesihatan.

"Muay thai dianggap sebagai seni mempertahankan diri yang mengancam dan paling digeruni di dunia. Mungkin bagi segelintir orang, seni mempertahankan diri seperti muay thai tidak sesuai untuk wanita. Namun, pada masa kini ramai wanita mempelajari muay thai," katanya.

Secara teorinya sukan ini menggunakan setiap anggota tubuh untuk menyerang dan bertahan dengan menyasarkan pada tangan, kaki, lutut dan siku.

Sebagai salah satu gaya tinju, muay thai dianggap unik kerana beberapa serangan yang digunakan berbeza dengan gaya bertarung lainnya.