Iktiraf UEC: LPQB harus laksanakan dasar kerajaan

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Sebarang keputusan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia (LPQB) berhubung pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) perlulah selari dengan dasar kerajaan.

Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, ini kerana pihak kerajaan adalah badan yang bertanggungjawab mengiktiraf sesuatu kelulusan seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Badan-badan lain perlu menggunakan pengiktirafan JPA tersebut di dalam membuat sesuatu keputusan termasuklah LPQB sendiri.

"Ini bermakna keputusan LPQB tidak boleh bercanggah dengan keputusan kerajaan walaupun kuasa menentukan siapa orang berkelayakan di dalam Akta Profesion Undang Undang 1976 itu diberikan kepada LPQB," katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum ini Ketua Peguam Negara, Tommy Thomas mengeluarkan kenyataan bahawa kelayakan UEC pada tahap Senior MIddle 3 boleh diterima sebagai memenuhi syarat kelayakan bagi menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP).

ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan iktiraf UEC hanya boleh dibuat kerajaan: Tun M

Bagaimanapun, semalam, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa keputusan untuk mengiktiraf UEC hanya boleh dibuat oleh kerajaan.

Beliau berkata, keputusan yang dibuat dalam mesyuarat LPQB bagi mengiktiraf sijil itu hanyalah pendapat mereka sahaja.

Artikel Berkaitan: