Baru keluar hospital, Hadi bantu kempen Tok Mat

Tuan Ibrahim (berdiri) ditemui selepas ceramah di Kampung Pasir Linsum, malam tadi.
Tuan Ibrahim (berdiri) ditemui selepas ceramah di Kampung Pasir Linsum, malam tadi.
A
A
A

SEREMBAN - Meskipun baru keluar hospital, ia tidak menghalang Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk turun berkempen membantu calon BN, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam PRK DUN Rantau.

Perkara itu disahkan Timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ceramah di Kampung Pasir Linsum di sini, malam tadi.

"Saya ingin sampaikan salam daripada Presiden dan beliau maklumkan akan bantu Tok Mat dalam kempen PRK.

"Hari ini (semalam) Abdul Hadi sudah keluar hospital dan insya-ALLAH dalam masa terdekat akan turun pastikan kemenangan Tok Mat," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Abdul Hadi dimasukkan ke IJN malam tadi]

Sebelum ini, Abdul Hadi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas membuat pemeriksaan.

Pemimpin utama Pas itu pernah dimasukkan ke IJN pada Mei 2017 untuk menjalani pembedahan penggantian injap jantung dan menerima rawatan intensif daripada pakar-pakar di situ selama sebulan.

Dalam ucapan sama, Tuan Ibrahim berkata, PRK DUN Rantau bukan sekadar untuk memenangkan Mohamad tetapi beliau mewakili parti Melayu terbesar di negara ini.

Artikel Berkaitan:

"Sebab itu ketika ura-ura PRK DUN Rantau akan diadakan, Tok Mat telefon saya. Saya terus beri komitmen, Pas akan turunkan seluruh jentera parti untuk pastikan kemenangan beliau," katanya.