Jawatankuasa teknikal UMNO-Pas bermesyuarat kali pertama

Annuar ditemui pada program ceramah di Kampung Pasir Limsum, malam tadi.
Annuar ditemui pada program ceramah di Kampung Pasir Limsum, malam tadi.
A
A
A

SEREMBAN - Jawatankuasa teknikal kerjasama UMNO dan Pas bermesyuarat buat kali pertama semalam.

Setiausaha Agung UMMO, Tan Sri Annuar Musa berkata, menerusi mesyuarat itu kedua-dua parti telah mengemukakan kertas kerja yang sama tanpa ada sebarang percanggahan.

Katanya, antara perkara dicadangkan itu membabitkan usaha untuk memupuk kerjasama antara kedua-dua belah pihak.

"Walau tidak berpakat, tetapi apa yang ditulis (dalam kertas kerja) oleh Pas semuanya sama seperti yang dihasratkan UMNO tanpa ada percanggahan.

"Jadi kita setuju untuk gabung kedua-dua kertas itu dan ia akan diangkat kepada jawatankuasa induk yang dipengerusikan bersama Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man,"katanya ketika berucap dalam ceramah di Kampung Pasir Limsum di sini, malam tadi.

Katanya, sebaik sahaja laporan lengkap mengenai kertas kerja itu siap ia akan segera dibawa kepada pengurusan tertinggi kedua-dua parti.

"Kebersamaan yang kita kongsikan ini bukan hanya menjangkau soal UMNO dan Pas. "Tapi kita ingin memberikan satu isyarat yg jelas bahawa kerjasama ini merupakan kerangka muafakat nasional yang lebih besar untuk selamatkan negara daripada kerosakkan yang lebih teruk dilakukan oleh kerajaan PH,"katanya.

Terdahulu, mesyuarat jawatankuasa induk UMNO dan PAS bulan lalu memutuskan kedua-dua parti tidak akan bersatu sebagai sebuah parti. Sebaliknya, kedua-dua parti hanya bersetuju untuk bekerjasama sebagai pembangkang yang akan antara lain agendanya adalah menumpukan kerjasama bagi menghadapi PRK yang diadakan.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: 'UMNO-Pas dah bersanding' - Tok Mat