Atlet silat wanita koma

Ain terlantar tidak sedarkan diri sejak 18 Mac lalu. - Foto Ihsan Penang Kini
Ain terlantar tidak sedarkan diri sejak 18 Mac lalu. - Foto Ihsan Penang Kini
A
A
A

DUA minggu telah berlalu. Namun, atlet muda silat gayung wanita Ainbatrisyia Amran masih tidak sedarkan diri selepas mengalami kekejangan otot ketika berehat.

Menurut laporan Mstar, atlet pra Sukma Pulau Pinang itu sedang berehat selepas menjalani latihan bagi persediaan untuk menyertai Kejuaraan Pencak Silat Kebangsaan 21 Mac lalu.

Ibunya Noorida Ismail, 42, berkata, sejak hari itu anak keduanya itu langsung tidak sedarkan diri dan tiada sebarang respons daripadanya.

“Kelmarin doktor lakukan rawatan di bahagian otak yang didapati bengkak akibat rawatan pemulihan sistem jantung (CPR) selama sejam ketika insiden berlaku.

“Ia menyebabkan kakinya lebam kerana saluran darah tidak lancar. Hari ini, ada sedikit perubahan di mana matanya bergerak namun masih belum sedar,” katanya.

Susulan kejadian itu, Noorida dan suaminya memutuskan untuk tinggal di bilik Ain dan terpaksa meninggalkan adik Ain di kampung bersama makciknya.

Kata Noorida, anaknya itu seorang yang aktif bersukan dan tidak pernah mempunyai sebagarang masalah kesihatan. - Mstar

Artikel Berkaitan: