Pencemaran udara pendekkan jangka hayat kanak-kanak

Pencemaran udara boleh memendekkan jangka hayat kanak-kanaks ehingga 30 bulan di Asia Selatan. - Foto AFP
Pencemaran udara boleh memendekkan jangka hayat kanak-kanaks ehingga 30 bulan di Asia Selatan. - Foto AFP
A
A
A

HONG KONG. Jangka hayat kanak-kanak yang lahir hari ini akan berkurangan purata 20 bulan akibat pencemaran udara, sekali gus memberi impak besar di Asia Selatan.

Menurut laporan udara global, pencemaran udara adalah penyebab utama kelima kematian awal di seluruh dunia mengatasi malaria, kemalangan jalan raya atau kekurangan zat makanan.

Bagaimanapun, amaran itu tidak sama di mana, jangka hayat kanak-kanak di Asia Selatan pendek 30 bulan disebabkan gabungan pencemaran udara luar dan dalaman yang kotor di rantau berkenaan.

Kajian menunjukkan, pencemaran udara memendekkan nyawa budak kira-kira 23 bulan di Asia Timur, berbanding 20 minggu untuk kanak-kanak di Asia Pasifik serta Amerika Utara.

Laporan yang menggunakan data sehingga akhir tahun 2017 turut menunjukkan, jika tahap pencemaran udara mengikut piawaian Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), jangkaan pengurangan jangka hayat di Bangladesh menurun setahun tiga bulan.

Negara Asia di China, India, Pakistan, Indonesia dan Bangladesh merupakan lima negara utama di dunia mencatatkan kadar kematian tertinggi akibat pencemaran udara. - AFP

Artikel Berkaitan: