Karier dalam politik diteruskan: Mohamad

Mohamad Hasan. Foto: ADAM AMIR HAMZAH
Mohamad Hasan. Foto: ADAM AMIR HAMZAH
A
A
A

SEREMBAN - Calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan tetap meneruskan kariernya dalam politik sekiranya kalah pada PRK DUN Rantau kali ini.

Mohamad yang juga pemangku Presiden UMNO berkata, sebagai pejuang sejati beliau tidak akan sesekali berundur daripada bidang yang disertainya sejak sekian lama itu.

"Andai kata saya tidak berjaya dalam PRK DUN Rantau ini, ia tidak sangat memberi kesan sangat hingga boleh membunuh karier politik.

"Politik dalam UMNO akan tetap berjalan tidak kira menang atau kalah dalam PRK,"katanya ketika ditemui di Bilik Gerakan Utama BN di sini, hari ini.

Tambahnya, jika ditakdirkan kalah pada PRK itu nanti perjuangan dalam politik tetap berjalan apatah lagi beliau kini menggalas tanggungjawab sebagai pemangku Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

Justeru katanya, tidak timbul lagi persoalan kariernya akan berakhir jika gagal mempertahankan kerusi yang disandang beliau sejak 2004 itu.

"Menang atau kalah itu biasa kerana ia adalah adat pertandingan tetapi tugas saya untuk memperkasakan UMNO akan diteruskan,"katanya.

Artikel Berkaitan: