Parlimen Eropah luluskan penepian visa

Rakyat Britain yang memasuki zon bebas pasport Schengen kurang daripada 90 hari tidak memerlukan visa.
Rakyat Britain yang memasuki zon bebas pasport Schengen kurang daripada 90 hari tidak memerlukan visa.
A
A
A

BRUSSELS - BELGIUM. Parlimen Eropah, hari ini meluluskan undang-undang membenarkan rakyat Britain melawat Kesatuan Eropah (EU) tanpa visa selepas usul Brexit gagal diluluskan hingga kini.

Di bawah undang-undang itu, rakyat Britain yang memasuki zon bebas pasport Schengen kurang daripada 90 hari tidak memerlukan visa walaupun London keluar dari blok terbabit tanpa perjanjian.

Langkah penepian visa itu mendapat 502-81 undi manakala 29 berkecuali dan pelaksanaannya adalah bergantung kepada Britain yang memberi hak sama kepada rakyat EU.

Sebelum ini, London menyatakan ia akan mengambil langkah itu kerana prinsip undang-undang itu mempunyai sokongan yang luas. - AFP

Artikel Berkaitan: